Welcome to Brainius | We help parents to find books & educational toys in one place | Postage every working days only
Free shipping for orders over RM150 (West Malaysia)
FLASHCARD APA YANG SESUAI UNTUK ANAK SAYA?

Flashcards ialah kad yang dilayangkan dengan pantas, cepat, dan sekejap dihadapan anak.

Betul ke flashcard tu bagus untuk baby? Apa kaitannya?

Otak anak membangun hanya jika digunakan! Anak perlu mendapat rangsangan dari semua sensorinya

 

Maklumat-maklumat dari sensori dihantar ke otak, otak digunakan, dan seterusnya membangun.

Sehingga anak boleh:

  • Menghasilkan penglihatan.
  • Menghasilkan perasaan.
  • Menghasilkan pergerakkan.
  • Menghasilkan pendengaran, bahasa dan bertutur.
  • Menghasilkan daya manipulasi, mengenggam, menulis, melukis.
  • Mengenal bahaya, menyelamatkan diri dan berdikari.

 

Terdapat 5 jenis flashcards yang kami boleh kami recommend:

 

Kad imbas hitam dan putih/ baby flashcard black and white untuk anak seawal usia 0-3 bulan. Pada tahap ini bayi masih kabur pandangannya dan hanya melihat objek berwarna hitam dan putih sahaja. Dengan melayangkan kad imbas hitam dan putih ini akandapat membantu perkembangan penglihatan bayi. Bila babi dah mula melihat bolehlah baby bertindak balas dengan ibu ayah. Kajian menunjukkan bayi yang bijak bermula dengan komunikasi yang baik. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan set flashcard 0-3m ini.

 

 

Anak yang pandai bermula dengan komunikasi yang baik.

 

Kad imbas berwarna terang dan bersaiz besar untuk bayi usia 3-6bulan. Pada fasa ini penglihatan bayi dah mula tangkap warna yang terang, jadi set kad ini mampu menarik perhatian bayi dan menajamkan tumpuan penglihatan bayi. Fasa ini kebanyakan baby dah boleh meniarap, jadi bolehlah ibu ayah buat aktiviti semasa bayi ‘tummy time’.

 

 

Kad imbas berwarna minima dan bersaiz besar untuk bayi usia 6-9bulan. Set ini menggunakan warna yang minima bertujuan untuk meransang imaginasi bayi dan mampu melatih memory baby. Ibu ayah boleh menambahkan lagi kosa kata anak pada tahap ini, lagi cepatlah anak-anak ibu ayah bercakap nanti.

 

 

Kad imbas fonik sesuai untuk 6 bulan ke atas. Untuk set ini lebih kepada mengajar anak membaca dan bercakap, ibu ayah mengenalkan bunyi kepada anak, bila anak lihat je perkataan anak dah tahu apa bunyi perkataan tersebut tanpa eja. Usia seawall 6 bulan sangat senang diajar memandangkan usia bawah 6 tahun otak anak sangat cepat menerima semua info.

 

 

 

Kad imbas bergambar dan menggunakan gambar yang ‘real’ bukan gambar kartun sesuai untuk usia bayi 6 bulan ke atas. Pada usia ini  bayi memang sangat suka dengan gambar-gambar dan teruja untuk mengenal semua benda di sekelilingnya. Pastikan kad yang dipilih berwarna menarik dan ceria.