Free shipping for orders over RM150 (West Malaysia)
0-12 months
0-12 months
0-12 months

.
Mainan yang sesuai untuk anak bijak pandai dari usia seawal 0-12 bulan.

Kebanyakan ibu ayah berfikir bayi yang baru lahir tidak perlukan mainan tapi tanggapan ini kurang tepat sebaliknya bayi berusia 0-6 bulan sangat memerlukan mainan untuk membantu pertumbuhannya, meransang skill motor, sensori dan anak akan menjadi lebih cerdas.

Bayi akan cepat belajar dengan bermain, jadi ibu ayah perlu memilih mainan yang sesuai mengikut usia bayi. Sekiranya bayi berusia bawah setahun mainan yang sesuai adalah mainan yang  boleh meransang deria bayi seperti deria penglihatan, deria rasa, deria pendengaran & deria bau.

Mainan untuk bayi baru lahir sehingga usia 3 bulan (educational toys for baby 0-3 month)

Mainan yang sesuai adalah mainan berwarna hitam dan putih.Penglihatan bayi sangat kabur pada usia ini dan bayi hanya melihat warna hitam dan putih sahaja usia ini, jadi untuk permulaan ibu ayah boleh mulakan dengan aktiviti bermain dengan mainan berwarna hitam putih contohnya seperti flash card black & white atau softbook black & white. Ibu ayah perhatikan bayi tertarik pada gambar hitam putih yang ibu ayah tunjukkan ke tidak? Ibu ayah boleh gerakkan gambar hitam putih tersebut dan bayi akan mengikut arah gambar tersebut.

Setiap bayi yang dilahirkan menyukai muzik dan biasanya bayi/ kanak-kanak akan memberikan respons sekiranya mendengar muzik/selawat. Muzik dapat membantu menstabilkan mood bayi dan bayi akan belajar setiap patah perkataan dengan lagu yang didengari. Sebabtu kalau ibu ayah perasan banyak mainan/ buku yang ada musik nursery rhymes untuk bayi. Bagi yang Islam, alat yang ada zikir dan selawat juga sangat digalakkan.

Mainan untuk bayi berusia 3-6 bulan (educational toys for baby 3-6 month)

Pada usia ini bayi sudah tahu memegang dan menarik barang-barang disekeliling. Ibu ayah boleh berikan mainan yang mengeluarkan bunyi untuk bayi bermain contohnya seperti softbook yang ada bunyi seperti bunyi plastik. Softbook juga sangat bagus pada usia ini sebab bayi dah boleh menggosokkan tangannya pada banyak permukaan, bolehlah ibu ayah belikan softbook yang banyak permukaan berbeza untuk meransang minda bayi. Sambil tu ibu ayah boleh bercerita sekali mengenai gambar dalam softbook dan menarik minat bayi untuk membaca sejak kecil lagi. 

Mainan untuk bayi berusia 6-12 bulan (educational toys for baby 6-12 month)

Mainan lembut atau soft toys juga bagus untuk meransang pergerakan tangan bayi, kalau bayi tengah baring ibu ayah boleh bagi mainan jenis soft toys ni untuk membantu anak lebih fokus pada sesuatu benda. Anak pada usia ini sudah pandai untuk duduk, jadi 'activity playmat' jenis besar dan lembut pun sangat sesuai pada usia ini. Boleh la bayi eksplore sepuasnya dengan playmat jenis besar dan lembut. Selalunya bayi akan cuba menyentuh semua corak di atas playmat.

Mainan untuk bayi berusia 9-12 bulan (educational toys for baby 9-12 month)

Pada usia ini ibu ayah dah boleh kenalkan ABC dan 123 dengan santai seperti melalui flash cards atau menyanyi bersama-sama. Mainan yang ada huruf-huruf dan nombor selalunya ada pada mainan simple puzzle, lego, softbook, board book dan buku yang boleh keluarkan bunyi. 

 

Material dalam memilih mainan juga sangat penting untuk bayi, pilihlah mainan dari material lembut & senang dicuci seperti material kain. Hal ini adalah kerana bayi akan kerap memasukkan mainan ke dalam mulut untuk dirasa dan di'explore' oleh bayi. Elakkan dari material plastik untuk diberi pada usia bayi 0-6 bulan. Seterusnya mainan yang ringan sangat digalakkan bagi mengelakkan anggota badan bayi tercedera semasa menggunakan mainan tersebut.

Sort by
Show result